Tanda pengenalan pelekat khas kenderaan e-hailing hendaklah dipamerkan pada bahagian cermin hadapan dan cermin belakang kenderaan persendirian e-hailing ketika dipandu oleh seseorang pemegang permit semasa beroperasi membawa penumpang. Perkataan ‘e-hailing’ hendaklah ditandakan dengan jelas menggunakan jenis huruf Myriad Pro-Bold Italic 97pt mengikut warna dan dimensi-dimensi di bawah, di atas suatu plastic pelekat cermin kenderaan bersaiz segi empat sama. GAMBAR RAJAH PELEKAT KHAS KENDERAAN PERSENDIRIAN E-HAILING. Format cetakan pelekat khas kenderaan e-hailing ini boleh dimuat turun dalam laman web jabatan https://www.jpj.gov.my dengan menggunakan format Adobe Illustrator CS6. Pelaksanaan pemakaian pelekat khas kenderaan e-hailing adalah selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah 15B Kaedah-kaedah Kenderaan Perkhidmatan Awam (Pelesenan dan Kelakuan Pemandu, Konduktor dan Penumpang) 1959. Kesalahan dan denda boleh dikenakan terhadap mana-mana pemandu yang gagal mematuhi perkara ini. Rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Prosedur Tukar Guna kenderaan Persendirian Individu Kepada Kenderaan Persendirian E-Hailing- Lampiran A3 untuk Tatacara dan Spesifikasi pelekat khas kenderaan e-hailing.

https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/kenderaan1-en/-/knowledge_base/vehicle/e-hailing-sticker-specification